BINATANG DEKAN

 


Dekan Besar atau dalam Bahasa Inggeris Large Bamboo Rat, nama saintifiknya (Rhizomys sumatrensis) ialah spesies rodensia dalam keluarga Spalacidae. Dekan Besar dijumpai di Asia Tenggara seperti Kemboja, Thailand, Laos, Malaysia dan lain-lain.

Ketika saya masih sekolah menengah, saya membela sepasang dekan berwarna putih di dalam aqurium di rumah. Penjagaannya senang sahaja, apabila ia membuka mulut ternganga luas maknanya ia lapar. Jika bukan waktu makannya maka ia akan tidur. Saya ulang tidur sahaja. Nasiblah makanan kegemarannya batang pokok buloh, banyak pokok buloh di tepi rumah. Jimatlah sedikit modal menjaga dekan ini. 

Tetapi bijaknya binatang ini apabila dikurung di sangkar kelakuannya baik sahaja serta selalu tidur. Apabila sekali terlepas dari sangkarnya, habis semua perabot rumah yang berkayu diratah semua.

Ulasan

Catatan Popular