JALAN-JALAN KE LEMBAH ILMU

 


1 November 2023, kami pelajar persuratan Melayu yang mengambil kursus Novel Melayu pergi ke Dewan Bahasa dan Pustaka DBP, Kuala Lumpur untuk menonton Seminar Pemikiran Saterawan Negara; Siti Zainon Ismail. Insan hebat kaya dengan idea dan imaginasi yang kritis dan kreatif. Tapi sayangnya full house pada hari program tu menyebabkan saya dan rakan-rakan duduk di belakang dewan. Kerusi juga diangkat oleh kami sekelas untuk duduk. Kesian.

Seminar itu sebenarnya adalah satu pembentangan hasil penyelidikan daripada pengkaji-pengkaji yang memerihalkan Sasterawan Negara. Para pembentangan juga diwakili oleh insan-insan hebat juga antaranya Dr. Mawar , Cik Abdullah Dato' Lim Swee Tin dan seorang lagi saya lupa namanya. Yang pasti beliau seorang pensyarah hebat dari UPM. Seminar ini juga memperlihatkan bagaimana golongan pengkaji pemikiran sasterawan negara ini mengetengahkan idea, syak, dan falsafah mereka tentang karya Siti Zainon Ismail. Yang saya pasti dan yakin, Dr Mawar Safei membentangkan tentang sastera pelancongan. Saya fokus mendengarkan pembengtangannya.

Selepas satu sesi pembentangan kami disajikan makanan tengahari yang sedap. Sedap sangat. Saya ingat lagi lauk pada hari itu adalah ayam masak lemak. Saya, Budrez, dan Zaki masing -masing tambah sekali nasi manakala pelajar lain tidak ada di dalam kafe itu, kurang sedikit rasa malu itu. Sebelum terlupa ketika waktu pagi juga kami dihidangkan sarapan pagi tetapi tidak seenak masakan tengahari tadi.

Alhamdulillah kehadiran saya ke DBP ni dapat membuka sedikit pemikiran saya tentang seni penulisan ini. Antara bait bait kata yang saya ingat adalah "Imaginasi Perlu Lebih Tinggi Dari Fakta" HAHAHA Ayuh berimaginasi semua.
 








Ulasan

Catatan Popular