KETIDAKPALSUAN RENANGAN AIR MATA
Babak yang Aku sendiri tidak sanggup hadap, walaupun inilah janji-Nya. Hati sudah pasti redha dengan episod ini. Semua akan menghadapinya, cuma menuggu jarum masa yang tepat iaitu bila? Dimana? Semua rahsia pencipta. Tersemat di jiwa hati kecil remuk lagikan hancur. Senyuman perlu juga ditatap, sebagai lakonan di hadapan khalayak atas tanda kekuatan diri menerima semua ini. Kerana Aku mungkin kuat. Aku perlu yakin. Ada cahaya Nur Hikmah di hujung jalan hidup ini. Pasti.

