JALAN JALAN KE DBP LAGI
16 November 2023, saya dan rerakan pergi ke DBP lagi untuk menghadiri Majlis Malam Puisi Riong Anjuran Berita Harian dengan kerjasama DBP. Ramai juga insan-insan hebat datang antaranya sasterawan negara Rahman Shaari dan juga Anwar Ridwan, artis seperti Sabri Yunus bersama isteri dan lain-lain lagi. Masing-masing membacakan puisi yang lunak dan puitis pembacaannya. Antara tema yang diketengahkan adalah isu Palestin kerana itulah isu yang sampai ke hari kiamat pun pasti meniti dari bibir ke bibir ummah. Itukan isu akidah, teruklah jika kita mengabaikannya. Yang pasti salah satu rangkap puisi yang tertangkap di jiwa saya adalah menerusi puisi yang dideklamasikan oleh sasterawan negara Anwar Ridwan iaitu:
"Selamat Datang Sengsara, Mungkin Engkau Dari Neraka"
Tersentak hati apabila mendengar bait ini. Deep sangat.



Ulasan
Catat Ulasan